*~ IKLAN BERBAYAR ~*

Get Kampung chat group | Goto Kampung website

Monday, January 14, 2013

3 Bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam semua,
betapa hati wanita itu begitu rapuh,
walaupun berhempas pulas melupakan apa yang bukan haknya,
tetapi hati kecil masih kuat merindui dan mengharap 1001 harapan..

sungguh, masih rindukan rutin yang walaupun hanya 3 bulan sahaja,
tetapi sudah cukup untuk buat diri sentiasa rindukan keadaan itu..

diingatkan waktu solat,
memerhati secara senyap bagaimana dia solat..
memerhati bagaimana dia membaca ayat-ayat suci al-quran..
dibacakan ayat alquran semasa diri ini ketakutan kerana 'dilawat' makhluk..
ditegur kesilapan..
dikejutkan dari tidur untuk solat dan belajar..
diingatkan dengan hakikat dunia dan agama..
mengintai dia solat berjemaah dia surau..
memerhati dia menjadi imam solat..
dan 1001 pemerhatian yang lain..
diri ini tidak berkata2, cuma memerhati..
walaupun ianya tidak la kerap, tapi dah cukup untuk buat diri ini berfikir betapa alpa nya diri dengan dunia..
betapa selama ini diri ini hanyut dengan hal dunia..

dalam diam dan tidak sedar, diri ini cuba menjadi kuat..
mula memujuk diri supaya mencontohi hidupnya..
mula membaca berkaitan hal agama..

sungguh diri ini begitu gembira dengan perubahan ini, kerana diri ini jujurnya begitu degil dengan 1001 teguran..
sudah mula belajar untuk tidak berkasar dengan orang lain.. dan sebagainya..

tapi ujian datang tanpa disangka,
Allah hanya meminjamkan dia sementara..
sungguh sangat gembira bila menghabiskan masa bersama-sama nya..

dimaklumkan oleh dia..
dia mendapat kerja di Perlis.. berita gembira yang diberitahunya.. diri ini sangat bersyukur.. sungguh..
usaha nya berhasil..
tapi
tindakan bodoh yang dah dibuat malam tu membuatkan dia berubah terus..

kini diri ini hanya menghitung hari untuk dia pergi..
semenjak keluar bersama.. dia terus menghilangkan diri..
tiada lagi semua ini..
sungguh, sungguh terkilan..
hanya mampu menangis dan merintih pada Yang Maha Mengasihani..
=(

Ya Allah.. diri ini begitu banyak dosa... bantulah aku menghadapi dugaan ini..
sungguh.. diri ini tidak kuat..
aku hanya ingin dibimbing ke jalan Mu dan dibahagiakan dunia akhirat..
salah ke niat aku ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...