*~ IKLAN BERBAYAR ~*

Get Kampung chat group | Goto Kampung website

Friday, September 21, 2012

Kisah professor dengan si pengayuh sampan


بسم الله الرحمن الرحيم


Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan.

Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”


“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”


Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”


“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”


“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”


Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.


Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”


“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.


“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


Apa pengajaran dari cerita ini ?


Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh.
Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.
Setiap dari kiita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum.
Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri.
Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


Jangan sesekali menghina orang lain dan merasa diri rendah dari orang lain.
setiap orang mempunyai kekuatan berbeza,
ada yang pandai dalam akademik,
ada yang pandai dalam sukan,
ada juga yang pandai dalam mereka cipta,
ada yang pandai mencari rezeki wang,
ada yang pandai hal rumah tangga,
ada yang pandai dalam membaik pulih
dan 1001 kepandaian manusia yang berlainan


Manusia mempunyai akal dan fikiran,
jauh lebih hebat dari ciptaan Allah s.w.t yang lain iaitu binatang, planet, tumbuhan dan sebagainya.

Sekiranya diri merasa kekurangan, jangan berputus asa, itu petanda kita perlu belajar lagi, berjuang untuk menimba ilmu yang kita tidak tahu.
usah berputus asa, kerana jika seseorang itu berputus asa,
tiada orang lain yang akan dapat membantu melainkan hanya diri mereka.

Oleh itu, selamat berusaha, tawakal dan segalanya percaya atas ketentuan dari Nya
Insyaallah..
=)

Thanks
elqirani

No comments:

Post a Comment

Jom komen dan berikan pandangan anda~
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...