*~ IKLAN BERBAYAR ~*

Get Kampung chat group | Goto Kampung website

Friday, April 5, 2013

Hakikat dunia

Salam semua,

Semalam masih membawa jawatan bila berjumpa dengan sesiapa sahaja..
Rata2 orang akan hormat dan mendengar kata kita..
Dan apa yang kita kata dan mahukan..
Seboleh2 orang lain akan tunaikan..
Dan pasti ada juga yang gerun dan takut untuk berkawan..
Dan kes ini bukan pertama kali.. Bukan kedua kali.. Tetapi berkali2..
Kadang2 diri tertanya2.. Kenapa perlu di takuti semua ini.. Digerun semua ini..
Diri ini masih insan biasa..
Jawatan pun sama dengan orang lain..
Tapi kenapa perlu ada pandangan ditakuti dan lain2?

Dan kini.. Setelah tidak membawa jawatan bila berada di mana2..
Lain pula jadinya.. Hehe.
Tidak dipandang..
Tidak dilayan..
Tidak didengari..
Dan ada pernah bertanya pada orang lain soalan biasa yang ditanya..
Hati tersentak.. Jawapannya:
"not your concern anymore"

Begitu mudah ye manusia berubah?
Well.. Dah memang sedia maklum perkara ini terjadi.. Tapi macam mendadak habis..
Manusia dan gelaran tidak dapat dipisahkan..
Mungkin ini masa untuk daku bermula kembali dari bawah?

No comments:

Post a Comment

Jom komen dan berikan pandangan anda~
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...