*~ IKLAN BERBAYAR ~*

Get Kampung chat group | Goto Kampung website

Thursday, April 4, 2013

Kisah 1 : Umrah

بسم الله الرحمن الرحيم

kembali lagi~
niat ingin menulis, tapi itulah, hangat-hangat tahi ayam~
=)

banyak sangat perkara yang berlaku kebelakangan ini,
sungguh Allah swt mahu diri ini belajar dari susah..
terkadang hati tertanya, kenapa saya?
kenapa bukan orang lain?
dan jawapan itu pasti akan datang dengan pelbagai cara..
ini yang diri ini nampak..

Kisah 1:
persediaan Umrah selesai,
kursus umrah sudah pergi,
sudah ziarah mama, ayah, adik beradik, opah atuk dan saudara mara lain sebelum berangkat pergi
barang2 umrah sudah dibeli (tasbih, MP5 (berazam mahu mendengar ayat suci al-quran melalui MP5), al-quran, telekung, seluar palazo, etc)
walaupun payah, tapi mula jadikan rutin diri dengan solat2 sunat
mula mencabar diri dengan 1000 zikir setiap hari (perasaan bila dapat habiskan 1000 zikir sehari tu sangat la lain)
mula melekat dengan buku2 keagamaan (jadi rambang mata pula nak baca buku yang mana)
kadang terasa diri ini macam berpura pula.. tapi hati ini kuat ingin buat semua tu, dan pelan2 mula jadikan amalan.. walaupun xsempurna, sungguh xsempurna
mula menghitung hari berangkat ke tanah suci Allah swt,
mudah-mudahan Allah swt terima diri yang hina ini untuk menjadi tetamu Nya..
angan-angan ku, mahu berdoa bersungguh-sungguh, dilembutkan hati, di dekatkan denganNya, dan macam2 lagi,

tapi.. allah swt lebih mengetahui.. suatu subuh, khabar dari Ummi.. my Visa xlepas, bayangan mekah seakan2 berlari jauh..
kenapa mesti macam ni?
sungguh, diri ini hanya ingin kembali pada Nya..
salah kah? xboleh kah?
semua persoalan terus menerus bermain dalam kepala..
dalam masa yang sama, mula bertanya kepada diri sendiri, masih tidak cukupkah usaha ku selama ini?

nak dijadikan cerita, Allah swt beri jawapan dengan macam2 cara..
waktu subuh, sehari sebelum berangkat umrah (yang kini dibatalkan), menerima panggilan dari mama dan ayah nun jauh di Ipoh Perak.
'Opah Pengkalan dah meninggal'
hati terdiam.
inikah hikmah umrah ku tertangguh?
inikah yang tersirat yang cuba disampai kan oleh Nya...
Sungguh.. tak ku jangka perkara ini..

No comments:

Post a Comment

Jom komen dan berikan pandangan anda~
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...